Halaman Terma Dan Syarat

    Terma dan Syarat

  1. Tempahan boleh dilakukan melalui sms/telefon atau menerusi borang tempahan di www.aktif-online.com.
  2. Jika tempahan dilakukan melalui sms/telefon, pelanggan mestilah juga mengisi borang tempahan di www.aktif-online.com kerana terdapat maklumat penting yang perlu kami ketahui untuk menguruskan tempahan. Kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan tempahan dibatalkan.
  3. Buat masa ini kami hanya menerima tempahan dari pelanggan yang akan menggunakan juga kemudahan hosting kami. Mengenai domain pula, tiada masalah untuk pelanggan terus menggunakan domain yang sedia ada jika mahu.
  4. Bagi setiap tempahan yang kami terima, pelanggan akan dimaklumkan tentang status kelulusan melalui emel atau sms/telefon selewat-lewatnya 48 jam dari tarikh penerimaan tempahan. Sekiranya dalam tempoh tersebut masih tidak menerima sebarang maklumbalas dari pihak kami, sila hubungi kami melalui telefon.
  5. Bagi setiap tempahan, para pelanggan perlu membayar wang tempahan sebanyak 50% daripada keseluruhan caj pembinaan (tidak termasuk pembelian domain dan webhosting yang perlu dijelaskan sepenuhnya sebelum projek bermula) sebelum tarikh tertentu yang akan kami maklumkan nanti. Baki bayaran perlulah dijelaskan sepenuhnya pada masa yang ditetapkan sebelum laman web/kedai online dimuatnaik ke pelayan komputer. Tempahan akan terbatal secara automatik sekiranya urusan bayaran tidak mengikut seperti makluman.
  6. Bagi pembelian lain-lain jenis domain (seperti .com.my/.my) atau sebarang jenis domain selain dari jenis domain .com/.net/.org, kami akan memaklumkan dahulu kos pembelian dan pelanggan perlulah membayar kos tersebut secara penuh sebelum pembelian domain dilakukan.
  7. Jika pelanggan memerlukan lain-lain servis tambahan, bayaran tempahan sebanyak 50% dari jumlah caj tambahan perlu dibayar sebelum proses pembinaan projek bermula.
  8. Pelanggan tidak boleh membatalkan tempahan setelah bayaran tempahan dilakukan serta bayaran tempahan tidak akan dikembalikan.
  9. Diskaun yang diberikan adalah hanya untuk tempahan dan caj kerja binaan bagi laman web/kedai online yang baru sahaja. Ianya tidak layak bagi sebarang pembelian domain, hosting dan apa jua modul tambahan, kerja tambahan atau kerja perubahan (update).
  10. Diskaun untuk tempahan di masa hadapan adalah hanya bagi tempahan dan caj kerja binaan laman web/kedai online yang baru sahaja. Ianya tidak layak bagi sebarang pembelian domain, hosting dan apa jua modul tambahan, kerja tambahan atau kerja perubahan (update).
  11. Aktif-Online dan pemiliknya iaitu My Neighbourhood Web Services mempunyai kuasa mutlak untuk menerima atau menolak mana-mana tempahan tanpa memberikan sebarang alasan walaupun tempahan pelanggan telah diluluskan dan pelanggan telah pun membuat bayaran tempahan.
  12. Sekiranya kami menolak semula tempahan pelanggan dan pelanggan telahpun membuat bayaran tempahan, bayaran tempahan tersebut akan kami pulangkan semula kepada pelanggan. Walaubagaimanapun jika pembelian domain telah kami dilakukan, bayaran pembelian domain tidak akan dikembalikan. Ini kerana pelanggan mempunyai hak ke atas domain tersebut dan masih boleh terus menggunakannya.
  13. Aktif-Online dan pemiliknya iaitu My Neighbourhood Web Services tidak memberi jaminan bahawa laman web/kedai online pelanggan boleh sentiasa diakses tanpa sebarang gangguan, selamat, bebas daripada virus komputer atau lain-lain pencerobohan kod yang boleh memusnahkan. Aktif-Online dan pemiliknya iaitu My Neighbourhood Web Services tidak bertanggungjawab kepada pelanggan, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti, perbelanjaan, tuntutan atau permintaan yang menyebabkan sebarang kelewatan, ketidaktepatan, gangguan perkhidmatan atau kesilapan di dalam maklumat atau di dalam penyiarannya.
  14. Aktif-Online dan pemiliknya iaitu My Neighbourhood Web Services tidak bertanggungjawab terhadap laman web pelanggan dan segala kandungannya. Pelanggan bersetuju mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap laman web pelanggan dan kandungannya. Pelanggan dengan ini juga bersetuju untuk melindungi Aktif-Online dan My Neighbourhood Web Services, kakitangannya, agen-agennya, pembekal serta rakan-rakan niaganya daripada apa jua tuntutan atau permintaan yuran guaman yang dibuat oleh pihak ketiga disebabkan penggunaan laman web ini dan semua perkhidmatannya.
  15. Dengan bersetuju membuat sebarang tempahan, pelanggan bersetuju dengan segala terma dan syarat yang dinyatakan di sini.
  16. Terma dan Syarat dalam dokumen ini adalah disifatkan sebagai dibawah pentadbiran dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia dan pelanggan bersetuju untuk mematuhi bidang kuasa mahkamah Malaysia.